Biografi Imam Al-Ghazali

Posted by Unknown Selasa, 28 Januari 2014 3 komentar
Imam al-Ghazali
 
Riwayat Hidup
 
a. Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masehi at-  Taabiran/Ghazalah di Bandar Tus, Khurasan (Iran).
 
b. Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
 
c. Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.
 
d. Beliau berasal dari keluarga miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.
Bapanya mempunayai cita-cita yang tinggi yaitu ingin melihat anaknya menjadi oarng alim dan soleh.
 
e. Iman Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini. 
 
f. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
 
Pribadi
 
a. Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.
 
b. Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
 
c. Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.
 
d. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.
 
e. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropa melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tunggi.
 
Pendidikan
 
a. Pada peringkat awalnya beliau mendapatkan pendidikan secara percuma karena keluarganya miskin. Beliau mempalajari ilmu fikah pada waktu itu.
 
b. Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidiki dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.
 
c. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al-Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.
 
d. Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah di lantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.
 
e. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah, Madinah, Mesir dan Jarusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.
 
f. Sewaktu dalam pengembaraan, brliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.
 
Sumbangan
 
a. Imam Al-Ghazali berpendapat bahwa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhitar,seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya karena Allah S.W.T
 
b. Imam Al-Ghazali adalah seorang meupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya
 
c. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropa untu di jadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tingggi.
 
d. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.
 
e. Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
 
f. Kebanyakan hasil-hasil karya Imam Al- Ghazali berbentuk falsafah. Oleh karena yang demikian pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ali falsafah.
Antara hasil-hasil arya beliau yang lain termasuklah :
  1. Ihya Ulumiddin.
  2. Al-Munqiz Min ad-Dalal.
  3. Mizanul Amal.
  4. Tahafut al-Falasifah.
  5. Hidayah Al-Salikin.
  6. Jawahir Al-Quran.
  7. Minhaj al-Abidin.
  8. Asma Allah al-Husna.
  9. Ayyuha al-Walad.
  10. Kimia as-Sa'adah
 
 
Kata-kata hikmat
 
  • Ilmu tanpa amal adalah sesat.
  • Semua orang binasa kecuali orang yang berilmu.
  • Semua orang beriman akan binasa kecuali orang yang berilmu, beramal dan ikhlas.
  • Kehidupan yang utama dan kebahagiaan ialah me'rifatullah, beribadat dan cinta kepadaNya itulah matlamat yang sebenar.
  • Beramal tanpa ilmu satu yang sia-sia.
 



3 komentar:

Unknown mengatakan...

Informasi nyanmenarik

Unknown mengatakan...

thanks kak

Unknown mengatakan...

info nan menarik

Posting Komentar

Total Tayangan Halaman